مَنُوتُوفْ عَوْرَة — Pelajaran Ketiga
Menutup aurat adalah kewajipan setiap Muslim, lelaki dan perempuan. Pelajaran ini merangkumi dua unit: Aurat, dan Memakai Pakaian.
Had aurat yang wajib ditutup:
Aurat lelaki: antara pusat hingga lutut
Aurat perempuan: seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua tapak tangan
Wajib menutup aurat bagi lelaki dan perempuan.
Fadhilat menutup aurat:
Disukai Allah SWT dan Rasul ﷺ
Dipandang mulia oleh Allah SWT
Mendapat pahala
Menjaga maruah diri
Dapat melaksanakan solat pada bila-bila masa
Akibat jika tidak menutup aurat:
Dimurkai Allah SWT
Merendahkan maruah diri sendiri
Sukar untuk mendirikan ibadah solat
Membuka aurat di hadapan orang yang bukan mahram adalah berdosa.
Adab memakai pakaian:
Memakai pakaian yang bersih dan suci
Membaca بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ dan mulakan dengan sebelah kanan
Berpakaian dengan kemas
Membaca doa selepas memakai pakaian
Daripada Umar bin al-Khattab r.a., Rasulullah ﷺ bersabda:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي كَسَانِي مَا أُوَارِي بِهِ عَوْرَتِي وَأَتَجَمَّلُ بِهِ فِي حَيَاتِي
Maksud: Segala puji bagi Allah yang telah memberi pakaian yang menutupkan auratku dan aku berhias dengannya dalam hidupku.
Fadhilat beradab ketika memakai pakaian:
Disukai Allah SWT dan Rasul ﷺ
Mendapat pahala kerana mengikut syariat
Allah SWT melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita, dan wanita yang memakai pakaian lelaki.
📝 Kosa Kata
Aurat lelaki (antara pusat hingga lutut) dan aurat perempuan (seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan) wajib ditutup pada setiap masa, terutamanya di hadapan orang yang bukan mahram.
Uji Minda!
5 soalan • Boleh buat!