🌙
🚿

Bab 4

Wudhu'

18 minit📕 Buku Teks

Pengertian Wudhu'

Wudhu' ialah menyampaikan air kepada anggota yang tertentu untuk mengangkat hadas kecil beserta dengan niat.

🗣️
Lafaz Niat Wudhu'

نَوَيْتُ الْوُضُوءَ لِلَّهِ تَعَالَى

💬

Maksud: Sahaja aku berwuduk kerana Allah Taala.


نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ الْأَصْغَرِ لِلَّهِ تَعَالَى

💬

Maksud: Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala.

📋
Rukun Wudhu'

Rukun wuduk (perkara yang wajib mengikut tertib):

1

Niat

2

Membasuh muka

3

Membasuh kedua-dua belah tangan hingga siku

4

Mengusap sebahagian daripada kepala

5

Membasuh kedua-dua belah kaki hingga buku lali

6

Tertib

Sunat-Sunat Wudhu' (Bahagian 1)

Sunat-sunat wuduk:

1

Membaca "A'uzubillahi minasy-syaitanir-rajim"

2

Membaca "Bismillahir-Rahmanir-Rahim"

3

Membasuh kedua-dua belah tangan

4

Berkumur-kumur

5

Memasukkan air ke hidung

6

Bersugi

7

Menyapu seluruh kepala

8

Menyapu telinga

Sunat-Sunat Wudhu' (Bahagian 2)

Sambungan sunat-sunat wuduk:

1

Mendahulukan anggota yang kanan dari kanan kiri

2

Mengulangi perbuatan tiga kali

3

Menghadap kiblat

4

Tidak membazir air

5

Menyelati janggut

6

Menyelati cela jari-jari dua belah tangan dan kaki

7

Melebihkan basuhan had muka, tangan dan kaki

8

Membaca doa selepas berwuduk

🤲
Doa Selepas Berwuduk

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِينَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِينَ وَاجْعَلْنِي مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

💬

Maksud: Ya Allah, jadikanlah aku daripada golongan orang yang bertaubat dan jadikanlah aku daripada golongan orang yang bersuci dan jadikanlah aku daripada hamba-hamba-Mu yang soleh.

Perkara yang Membatalkan Wudhu'

Perkara-perkara yang membatalkan wuduk:

1

Murtad

2

Tidur

3

Mabuk

4

Gila

5

Pengsan

6

Keluar sesuatu daripada qubul dan dubur

7

Menyentuh kemaluan

8

Bersentuhan kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa lapik

💡

Kepentingan wuduk dalam kehidupan kita:

1

Untuk mendirikan solat

2

Tawaf di Baitullah

3

Menyentuh dan membawa al-Quran

4

Menjaga kebersihan diri

5

Mengurangkan rasa marah

Kaifiat (Cara) Berwuduk

  1. 1Niat serta membasuh muka
  2. 2Membasuh kedua-dua belah tangan hingga siku
  3. 3Mengusap sebahagian kepala
  4. 4Membasuh kaki hingga buku lali
  5. 5Tertib (mengikut susunan)

📝 Kosa Kata

وُضُوءwuduk — menyampaikan air ke anggota tertentu mengangkat hadas kecil
رُكْنrukun — perkara wajib yang mesti ada
سُنَّةsunat — digalakkan, jika ditinggal tidak berdosa
تَرْتِيبtertib — mengikut susunan yang betul
🌟
Tahukah Kamu?

Tahukah kamu, antara sunat wuduk ialah mengulangi setiap basuhan tiga kali dan mendahulukan anggota kanan sebelum kiri!

🧠

Uji Minda!

5 soalanBoleh buat!