صِفَة اللَّه ﷻ يَغ وَاجِب دَان مُسْتَحِيل — Sifat Allah ﷻ yang Wajib dan Mustahil
Selepas belajar pelajaran ini, murid dapat menyatakan makna sifat Wujud, menyebut hukum mengingkari sifat Wujud, dan menyatakan faedah-faedah mengenal sifat Wujud.
Makna Wujud:
Wujud ialah sifat wajib bagi Allah ﷻ
Wujud ertinya ada
Wujud yang tidak didahului dengan masa dan tempat
Wujud lawannya 'Adam
'Adam ertinya tiada
Mustahil Allah ﷻ bersifat tiada
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ مَلِكِ ٱلنَّاسِ إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ مِن شَرِّ ٱلْوَسْوَاسِ ٱلْخَنَّاسِ ٱلَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ مِنَ ٱلْجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ
Maksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang memelihara dan menguasai sekalian manusia. Yang menguasai sekalian manusia. Yang disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan itu ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik-pembisik) dari kalangan jin dan manusia."
Allah ﷻ menciptakan:
Langit
Bintang
Udara
Bulan
Matahari
Bumi
Manusia
Binatang
Wujud alam ini membuktikan wujud Allah ﷻ, dan wujud Allah ﷻ adalah selama-lamanya.
Faedah mengenal sifat Wujud:
Iman semakin kukuh
Patuh dan taat perintah Allah ﷻ
Berakhlak mulia
Sentiasa merasakan diri diawasi Allah ﷻ
Wajib atas setiap mukallaf (lelaki dan perempuan yang akil baligh) mengenal Allah ﷻ. Wujud alam ini membuktikan wujud Allah ﷻ dan wujud Allah ﷻ adalah selama-lamanya.
Amalan Berkaitan Sifat Wujud
- 1Mengucapkan / mengingati zikir: 'Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah, wallahu akbar'.
- 2Memperbanyakkan membaca Surah al-Ikhlas.
📝 Kosa Kata
Wujud alam ini membuktikan wujud Allah ﷻ, dan wujud Allah ﷻ adalah selama-lamanya.
Uji Minda!
5 soalan • Boleh buat!