Objektif Pembelajaran
Di akhir pembelajaran murid dapat:
Menyebut pengertian Syarahut-Ta'am dan Syarahul-Kalam
Membaca dalil Syarahut-Ta'am dan Syarahul-Kalam
Menyenaraikan ciri-ciri Syarahut-Ta'am dan Syarahul-Kalam
Menyenaraikan cara menjauhi Syarahut-Ta'am dan Syarahul-Kalam
Menyenaraikan akibat Syarahut-Ta'am dan Syarahul-Kalam
Menyebut fadilat menjauhi Syarahut-Ta'am dan Syarahul-Kalam
Syarahut-Ta'am ialah makan dengan cara tidak sopan dan berlebihan.
Firman Allah SWT:
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
Maksud: ...dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
Makan dan minum melebihi had
Tidak mengutamakan orang lain semasa makan
Makan dan minum tidak ikut jadual
Makan dan minum tidak sopan
Makan makanan yang halal dan seimbang
Mengutamakan orang lain semasa majlis jamuan
Tidak membeli atau menyediakan makanan secara berlebihan
Makan dan minum mengikut jadual yang sesuai
Mengamalkan makan dan minum mengikut sunnah Rasulullah ﷺ
Dibenci Allah SWT dan Rasulullah ﷺ
Dibenci rakan dan guru
Mengakibatkan pembaziran
Tidak mendapat keberkatan
Lalai menunaikan ibadat
Menjejaskan kesihatan tubuh badan
Sihat tubuh badan dan akal fikiran
Menghindari sifat malas
Mendapat keberkatan Allah SWT
Dikasihi Allah SWT dan Rasulullah ﷺ
Disukai rakan dan guru
Mengelakkan pembaziran
Bincangkan secara berkumpulan maksud hadith berikut:
لَا تَشْرَبُوا وَاحِدًا كَشُرْبِ الْبَعِيرِ، وَلَكِنِ اشْرَبُوا مَثْنَى وَثُلَاثَ، وَسَمُّوا إِذَا أَنْتُمْ شَرِبْتُمْ، وَاحْمَدُوا إِذَا أَنْتُمْ رَفَعْتُمْ
Maksud: Jangan kamu minum sekali teguk seperti unta minum, tetapi minumlah dua atau tiga teguk; sebutlah nama Allah sebelum minum dan pujilah Allah setelah selesai minum.
Syarahul-Kalam ialah suka bercakap banyak pada perkara yang tidak berfaedah.
Firman Allah SWT:
لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن نَّجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksud: Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisik-bisikan orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.
Berbual-bual kosong
Menggunakan perkataan keji
Bercakap perkara yang tidak berfaedah
Menggunakan bahasa kasar dan tidak sopan
Berzikir kepada Allah SWT
Melakukan kerja-kerja berfaedah
Berterus terang pada perkara yang benar
Berfikir dahulu sebelum bercakap
Mendapat azab
Membuang masa
Menimbulkan pergaduhan
Dibenci rakan dan guru
Dimurkai Allah SWT dan Rasulullah ﷺ
Mendapat ganjaran pahala
Dikasihi Allah SWT dan Rasulullah ﷺ
Disukai rakan dan guru
Mengeratkan persaudaraan
Murid dalam kumpulan membincangkan perkara berikut:
Ciri-ciri Syarahul-Kalam
Cara menjauhi Syarahul-Kalam
Amalkan: Berbudi bahasa dan bercakap dengan sopan — "Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi."
📝 Kosa Kata
Tahukah kamu bahawa penyakit berpunca daripada perut? Makan secara berlebihan dan gelojoh boleh mendatangkan penyakit dan obesiti. Ingat juga pepatah 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'!
Uji Minda!
3 soalan • Boleh buat!