صِفَات مَحْمُودَة — Pelajaran Keempat
Sifat mahmudah ialah sifat terpuji yang perlu diamalkan oleh setiap Muslim. Dalam pelajaran ini kita belajar empat sifat mahmudah: Zuhud, Sabar, Syukur, dan Ikhlas.
Zuhud ialah tidak terlalu tergantung dengan kemewahan dunia kerana mengutamakan akhirat. Firman Allah ﷻ:
بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَوةَ الدُّنْيَا ﴿١٦﴾ وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى ﴿١٧﴾
Maksud: (Tetapi) kamu mengutamakan kehidupan dunia. Sedangkan kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.
Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diperoleh
Sentiasa memperbanyakkan ibadah kepada Allah ﷻ
Tidak tamak mengejar harta dunia
Dikasihhi Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Hati sentiasa tenang
Bahagia hidup dunia dan akhirat
Dikasihhi ibu bapa, rakan dan masyarakat
Dimurkakan oleh Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Lalai dalam melaksanakan ibadah
Mudah terasa tamak terhadap kemewahan dunia
Dibenci ibu bapa, rakan dan masyarakat
Sabar ialah menahan diri daripada berkeluh-kesah terhadap musibah yang menimpa. Firman Allah ﷻ:
... إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ ﴿١٠﴾
Maksud: ...sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan disempurnakan pahala mereka tanpa batas (kiraan).
Meyakini segala qada dan qadar yang telah ditetapkan Allah ﷻ
Sentiasa tenang dalam semua situasi
Elakkan diri dari putus asa
Sentiasa beristighfar kepada Allah ﷻ
Dikasihhi oleh Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Dapat meningkatkan keimanan kepada Allah ﷻ
Dikasihhi oleh ibu bapa, kawan dan masyarakat
Mendapat kebahagiaan hidup dunia dan akhirat
Tidak dikasihhi oleh Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Tidak dikasihhi oleh ibu bapa, kawan dan masyarakat
Hidup sentiasa rasa gelisah
Berputus asa dari mendapat rahmat Allah ﷻ
Syukur ialah memuji Allah ﷻ dan menggunakan nikmat yang dikurniakan. Firman Allah ﷻ:
... وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ ﴿١١٤﴾
Maksud: ...dan bersyukurlah atas nikmat Allah ﷻ, jika kamu benar-benar menyembah-Nya (hanya kepada-Nya).
Taat kepada Allah ﷻ
Sujud syukur
Rajin beribadah
Menjauhkan diri dari larangan Allah ﷻ
Rasa puas dengan ketetapan Allah ﷻ
Dikasihhi Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Jiwa tenang dan tenteram
Terhindar dari sifat mazmumah
Rezeki bertambah dan berkat
Dikasihhi keluarga, rajin beribadah dan berdoa
Jiwa tidak tenteram
Rezeki sempit, terbatas dan terhad
Malas berdoa
Dibenci Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Malas berusaha dan beribadah
Sering melakukan maksiat
Ikhlas ialah melakukan amalan semata-mata kerana Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ:
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ ...الْآيَة ﴿٥﴾
Maksud: Padahal mereka tidak disuruh melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama...
Melakukan amalan semata-mata kerana Allah ﷻ
Tidak mengharapkan balasan manusia
Tidak menunjuk-nunjuk (riak)
Tidak mengerjakannya kerana orang lain
Tidak mengungkit-ungkit
Semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah ﷻ
Dikasihhi Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Ibadahnya diterima Allah ﷻ
Mendapat kejayaan yang nyata
Jiwa tenang dan tenteram
Amalan yang dilakukan lebih bermakna
Dihormati masyarakat
Dimurkakan oleh Allah ﷻ
Ibadahnya sia-sia
Berdosa
Amalan yang baik menjadi tidak bermakna
Jiwa rasa gelisah
Dibenci masyarakat
Dalil Sabar — wajib hafaz:
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ
Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan disempurnakan pahala mereka tanpa batas.
Ringkasan 4 Sifat Mahmudah
- 1Zuhud — tidak terlalu cintakan dunia, utamakan akhirat.
- 2Sabar — tahan diri dari berkeluh-kesah sewaktu ditimpa musibah.
- 3Syukur — puji Allah ﷻ dan gunakan nikmat-Nya dengan baik.
- 4Ikhlas — lakukan setiap amalan semata-mata kerana Allah ﷻ, bukan untuk dipuji manusia.
📝 Kosa Kata
Tahukah kamu bahawa keempat-empat sifat mahmudah ini saling berkait? Orang yang berzuhud mudah bersabar kerana hatinya tidak tergantung pada dunia. Orang yang bersabar mudah bersyukur kerana dia redha dengan apa yang ada. Orang yang bersyukur mudah menjadi ikhlas kerana dia sedar semua nikmat datang dari Allah ﷻ. Dan orang yang ikhlas akan terus berzuhud kerana tidak perlu mengejar pujian manusia!
Uji Minda!
4 soalan • Boleh buat!