Modul 2: Eksplorasi Multimedia — Unit 1 Multimedia
Unit ini memperkenalkan multimedia sebagai gabungan beberapa media untuk menyampaikan maklumat. Murid mengenali lima elemen multimedia (teks, imej, audio, video, animasi), membandingkan saiz format fail, dan membezakan struktur persembahan linear dengan tak linear.
Teks ialah gabungan aksara seperti huruf, nombor, simbol dan tanda bacaan. Teks dapat menyampaikan maklumat dengan tepat. Fon ialah satu set aksara yang mempunyai bentuk dan saiz. Sifat-sifat fon:
| Muka fon | Times New Roman, Comic Sans MS, Tahoma, Arial | |
| Saiz fon | 12, 16, 20, 26 | |
| Gaya fon | Regular, Underline, Italic, Bold | |
| Warna fon | Red, Black, Green, Blue | |
| Kesan fon | Shadow, ALL CAPS, Emboss, Outline | |
Imej ialah gambar seperti rajah, ilustrasi dan lukisan yang dihasilkan menggunakan peranti media fizikal seperti kamera digital dan pengimbas. Format fail imej ditentukan melalui nama sambungan fail.
Format BMP (.bmp)
Format JPEG (.jpg, .jpeg)
Format TIFF (.tif)
Format GIF (.gif)
Format PNG (.png)
Audio ialah bunyi yang boleh didengar. Fail audio ialah bunyi yang telah dirakam. Imej boleh dirakam menggunakan mikrofon, telefon bimbit dan kamera digital. Contoh format fail audio:
Format WAV (.wav)
Format MP3 (.mp3)
Format MIDI (.mid)
Video ialah satu teknik yang digunakan untuk memaparkan imej bergerak yang dihasilkan daripada satu siri imej statik. Fail video boleh dihasilkan menggunakan aplikasi komputer. Ciri utama fail video: tempoh masa tayangan dan dimensi bingkai.
Format AVI (.avi)
Format MPEG (.mpeg, .mp4)
Peranti rakam video: kamkorder, telefon bimbit
Ciri utama: tempoh masa tayangan dan dimensi bingkai
Animasi ialah simulasi pergerakan yang dihasilkan melalui paparan satu siri imej statik. Contohnya imej orang berjalan ditayangkan dalam 8 bingkai gambar menghasilkan animasi pergerakan, atau imej pokok membesar dalam 7 bingkai menghasilkan animasi tumbesaran.
Animasi pergerakan — imej orang berjalan (8 bingkai)
Animasi tumbesaran — imej pokok membesar (7 bingkai)
Perisian animasi: Pencil
Saiz fail berbeza mengikut format. Menukar format fail boleh menukar saiz fail. Contoh aktiviti:
Grafik: buka JPEG dalam mtPaint, simpan semula sebagai BMP dan TIFF — bandingkan saiz
Audio: buka MP3 dalam Audacity, eksport sebagai WAV — bandingkan saiz
Video: buka AVI dalam Avidemux, simpan sebagai MPEG — bandingkan saiz
Terdapat dua jenis struktur persembahan multimedia:
| Persembahan Linear | Setiap paparan dipersembahkan satu persatu secara berjujukan dari paparan pertama hingga terakhir. Pengguna hanya boleh ke paparan seterusnya atau sebelumnya. Contoh: tayangan filem dan video animasi | |
| Persembahan Tak Linear | Pengguna boleh memilih paparan yang dikehendaki berdasarkan pautan yang disediakan. Contoh: permainan strategi | |
Multimedia ialah gabungan teks, imej, audio, video dan animasi. Setiap elemen mempunyai format fail yang berbeza saiz. Persembahan linear berjujukan dari mula hingga tamat, manakala persembahan tak linear membenarkan pengguna meloncat melalui pautan.
Pantun: 'Teks dan grafik asas multimedia, Audio dan video penyeri suasana; Imej statik diulang sentiasa, Jadilah animasi pelengkap cerita. Elemen multimedia ada saiznya, Besar dan kecil ada kegunaannya; Format fail banyak jenisnya, Sesuai digunakan ikut keperluannya.'
📝 Kosa Kata
Animasi sebenarnya adalah ilusi! Apa yang kita lihat sebagai pergerakan sebenarnya adalah satu siri imej statik yang ditayangkan dengan pantas. Itulah sebabnya wayang gambar dipanggil 'movie' — dari perkataan 'moving pictures'!
Uji Minda!
20 soalan • Boleh buat!