🌙
🕌

Bab 7

Bidang Adab

60 minit📕 Buku Teks

Bidang Adab

Bidang adab menumpukan amalan asas akhlak utama, iaitu terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan alam sekitar dengan mencontohi akhlak dan nilai murni yang ditunjukkan oleh Rasulullah ﷺ. Bab ini mengandungi 4 unit: Hargai Nikmat Kenderaan, Berjual Beli Dengan Beretika, Bijak Berkomunikasi, dan Alam Ciptaan Hidup Sejahtera.

Unit 1: Hargai Nikmat Kenderaan
🚗
Adab Menaiki Kenderaan

Kita mesti mengamalkan adab ketika menaiki kenderaan. Antara saranan Rasulullah ﷺ:

1

Semasa menaiki kenderaan: bacalah 'Bismillah' sebanyak tiga kali

2

Ketika berada di dalam kenderaan: sebutlah 'Alhamdulillah'

3

Apabila kenderaan bergerak: bacalah doa menaiki kenderaan

4

Kemudian, sebutlah 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' sebanyak tiga kali

5

Sentiasa bertawakkal kepada Allah ﷻ

📿
Doa Menaiki Kenderaan

سُبْحا َن الَّ ِذى َس َّخ َر لَنَا َهذَا َو َما كُ نَّا لَُه ُم ْقرِنِ َين، َوإِنَّا إِلَى َربِّنَا ل َُمْن َقلِبُون

💬

Maksud: Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kepada Tuhan kamikah, kami akan kembali.

📖 Surah al-Zukhruf (43:13)
📋
Adab Menurut Sunnah Rasulullah ﷺ

Adab menaiki kenderaan mengikut sunnah Rasulullah ﷺ:

1

Merancang perjalanan

2

Membaca bismillah

3

Memulakan langkah dengan kaki kanan

4

Membaca doa menaiki kenderaan

5

Berdisiplin dan berhati-hati

6

Hormat-menghormati dan memberi keutamaan kepada orang yang memerlukan

7

Menjaga kebersihan dan tidak merosakkan kenderaan awam

8

Tidak bergurau-gurau semasa menaiki kenderaan

9

Rasulullah ﷺ menaiki kenderaan dengan membaca bismillah

10

Rasulullah ﷺ sentiasa membaca doa menaiki kenderaan dan meminta pertolongan Allah ﷻ

11

Apabila menaiki kawasan tinggi: 'Allahu Akbar'; menuruni kawasan tinggi: 'Subhanallah'

Kelebihan & Akibat Tidak Beradab

Kelebihan beradab dan akibat tidak beradab ketika menaiki kenderaan:

KelebihanDisayangi Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ; Selamat tiba ke destinasi dan melancarkan perjalanan; Disegani orang di sekeliling; Menanam rasa prihatin dan toleransi
AkibatMembahayakan diri sendiri dan orang lain; Mencetuskan kemalangan; Menyusahkan orang lain; Membuat cemas; Tidak disegani orang di sekeliling
💡

Hikmah beradab ketika menaiki kenderaan: dapat melancarkan perjalanan dan mengelakkan kemalangan. Rasulullah ﷺ sentiasa memastikan haiwan tunggungan baginda dalam keadaan sihat, tidak lapar, dehidrasi dan tidak terlalu penat.

Unit 2: Berjual Beli Dengan Beretika
🛍️
Pengertian Jual Beli

Jual beli ialah akad pemilikan harta yang memberikan kesan pemberian pemilikan secara kekal terhadap objek harta atau manfaat.

1

Jual beli = akad pemilikan harta

2

Memberi kesan pemberian pemilikan secara kekal

3

Terhadap objek harta atau manfaat

📿
Dalil Jual Beli

... وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ...

💬

Maksud: ...padahal Allah ﷻ telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba...

📖 Surah al-Baqarah (2:275)
⚖️
Hukum Jual Beli

Jual beli adalah harus selagi memenuhi syarat-syarat jual beli yang ditetapkan serta tidak melibatkan perkara yang diharamkan dalam Islam.

🛒
Adab Penjual

Adab penjual mengikut sunnah Rasulullah ﷺ:

1

Mesra dan mudah senyum

2

Jujur, berterus terang serta tidak menipu dalam timbangan dan sukatan

3

Menjual barang yang halal dan berkualiti serta tidak menjual barang yang haram seperti arak, babi atau sesuatu yang mengandungi unsur dari babi

4

Mengucapkan terima kasih setelah selesai urusan jual beli

5

Sabar dan bertolak ansur dengan pembeli

6

Tidak monopoli barang untuk dijual dengan harga yang tinggi dan hendak mengambil keuntungan pada kadar yang sepatutnya

7

Mengelakkan ilemen riba

💰
Adab Pembeli

Adab pembeli mengikut sunnah Rasulullah ﷺ:

1

Berkomunikasi secara baik

2

Tidak membeli barang yang haram seperti arak, babi atau sesuatu yang mengandungi unsur dari babi

3

Menyatakan urusan penjual

4

Tegas dan tidak betul kerenah

5

Sabar menunggu giliran ketika membeli

6

Berterima kasih setelah selesai urusan jual beli

7

Bertimbang rasa, terutama ketika kekurangan stok barang

8

Mengelakkan pembaziran

🤝
Mencontohi Rasulullah ﷺ dalam Berjual Beli

Rasulullah ﷺ mengajar adab dalam jual beli:

1

Bertolak ansur: Rasulullah ﷺ memberitahu bahawa Allah ﷺ merahmati orang yang bertolak ansur ketika menjual, membeli dan menuntut hutang

2

Jujur dan amanah: pesan Rasulullah ﷺ agar penjual dan pembeli agar jujur ketika berjual beli bagi mendapat keberkatan hidup

3

Menunaikan hak orang lain dengan sempurna: seorang lelaki datang menuntut hutang dari para sahabat (seekor unta). Para sahabat memiliki unta yang keadaannya lebih baik dari unta yang telah diberi hutang. Rasulullah ﷺ memerintahkan agar diberi seekor unta yang lebih baik itu, agar Allah ﷻ menggantikan mereka dengan yang lebih baik pada masa akan datang, kerana mereka menunaikan hak lelaki itu dengan sempurna

4

Berusaha meneladani sifat Rasulullah ﷺ

Kepentingan Beradab Ketika Berjual Beli

Kepentingan beradab ketika berjual beli kepada masyarakat, individu dan negara:

MasyarakatImej Islam terjaga; Hidup aman damai dan sejahtera; Menghindiri persaingan dan ketidakpuasan hati
IndividuMendapat pahala dan keredhaan Allah ﷺ; Pembeli dan penjual berpuas hati dan gembira; Keberkatan hidup terpelihara
NegaraNegara sentiasa dalam keadaan harmoni; Menjaga kestabilan ekonomi negara; Memelihara imej negara pada pandangan negara luar
💡

Mengamalkan adab ketika berjual beli dapat memuaskan hati semua pihak dan memudahkan urusan. Sentiasa menyebut urusan orang lain. Penjual dan pembeli yang beretika menjadi rahmat kepada masyarakat.

Unit 3: Bijak Berkomunikasi
💬
Pengertian Komunikasi

Komunikasi ialah perbuatan mengadakan hubungan, sama ada secara langsung atau melalui perantaraan.

1

Komunikasi = perbuatan mengadakan hubungan

2

Secara langsung atau melalui perantaraan

3

Hukum berkomunikasi adalah harus, dengan syarat menjaga batas yang ditetapkan agar tidak melakukan dosa seperti menfitnah, mengeji, menghina, berdusta, berbohong dan lain-lain

📿
Dalil Berkomunikasi

الْ ُْم ْسلِ ُم َم ْن َسلِ َم الْ ُْم ْسلِ ُمو َن ِم ْن لِ َسانِ ِه َويَ ِد ِه

💬

Maksud: Muslim itu ialah yang memberikan kesejahteraan kepada Muslim yang lain dengan lidah dan tangannya.

📖 Hadis riwayat al-Bukhari
📋
Adab Berkomunikasi

Adab berkomunikasi:

1

Memulakan komunikasi dengan salam

2

Memilih kata-kata yang baik

3

Sopan dan lemah lembut dalam percakapan

4

Berkomunikasi mengikut keperluan

5

Memberikan perhatian ketika orang lain bercakap

6

Tidak berbohong dan mengeji orang lain

Kepentingan Beradab Berkomunikasi

Kepentingan beradab ketika berkomunikasi:

IndividuMendapat pahala; Disegani orang sekeliling; Mengeratkan silaturrahim
MasyarakatMempupuk sifat hormat-menghormati; Mengelakkan permusuhan dan kebencian
NegaraMemelihara kedamaian negara; Menjamin keselamatan hidup di dalamnya
🌟
Komunikasi Bijak Seperi Rasulullah ﷺ

Cara komunikasi Rasulullah ﷺ:

1

Bercakap benar: Rasulullah ﷺ melarang kita dari berdusta untuk membuat orang lain ketawa

2

Menggunakan bahasa yang baik dan teratur: Rasulullah ﷺ tidak pernah sekali berkasar dan sentiasa menggunakan bahasa yang baik, sopan dan berlemah lembut

3

Ucapan yang jelas: pada setiap keadaan, Rasulullah ﷺ mengulang ucapan baginda sebanyak tiga kali sehingga difahami oleh pendengar

4

Sentiasa berdiam: ketika berkomunikasi, Rasulullah ﷺ selalu berdiam, tidak terlalu banyak bercakap dan tidak juga terlalu banyak berdiam

5

Baginda ﷺ mengingatkan kita: 'Pilihlah antara dua: 1. Berkata yang baik; 2. Jika tiada yang baik untuk diperkatakan, diam itulah lebih baik'

💡

Komunikasi yang sihat dapat menjamin kesejahteraan emosi, mental dan fizikal kita semua. Pilihlah kata-kata yang baik apabila berkomunikasi di media sosial. Jika menerima sebarang berita melalui internet, pastikan kebenarannya terlebih dahulu. Berkomunikasi mengeratkan silaturrahim.

Unit 4: Alam Ciptaan Hidup Sejahtera
🌍
Sebagai Muslim, Bertanggungjawab

Sebagai Muslim, kita bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar kita. Oleh itu, kita perlu sentiasa menjaga kebersihan air, udara dan sumber alam di persekitaran kita ini.

📋
Pengertian Alam Sekitar

Memelihara alam sekitar bermaksud menjaga dan melindungi alam sekitar dari pencemaran. Memulihara alam sekitar pula bermaksud merawat dan memulihkan alam sekitar agar sentiasa baik. Alam sekitar ialah keadaan alam sekeliling, merangkumi setiap sumber bumi seperti sungai, laut, hutan, udara dan lain-lain.

1

Memelihara alam sekitar: menjaga dan melindungi dari pencemaran

2

Memulihara alam sekitar: merawat dan memulihkan agar sentiasa baik

3

Alam sekitar = keadaan alam sekeliling, merangkumi sumber bumi seperti sungai, laut, hutan, udara

📿
Dalil Memelihara Alam Sekitar

... وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

💬

Maksud: ...dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah ﷻ tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.

📖 Surah al-Qasas (28:77)
⚖️
Hukum Memelihara & Memulihara

Hukum memelihara dan memulihara alam sekitar adalah wajib.

🍃
Adab Memelihara Alam Sekitar

Cara memelihara alam sekitar:

1

Memelihara udara: memperbanyak aktiviti penanaman semula, tidak melakukan pembakaran terbuka

2

Memelihara air: menggunakan air dengan berjimat cermat untuk mengurangkan kuantiti air yang perlu digunakan, tidak membuang sampah dan sisa buangan di saliran air, longkang, sungai atau laut

3

Selain itu, kita perlu: sentiasa menjaga kebersihan, membuang sampah di tempat yang betul, mempunyai kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar kita

4

Sekiranya alam menjadi tercemar, kotor dan tidak sejahtera, kita boleh memulihkannya dengan: bergotong-royong membersihkan kawasan, mengitar semula bahan terpakai untuk mengurangkan penggunaan sumber alam

Kepentingan Memelihara & Memulihara

Kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar:

IndividuMendapat keberkatan hidup; Menikmati suasana kehidupan yang sihat; Menunjukkan rasa syukur dengan nikmat alam sekitar; Mempunyai perasaan tanggungjawab terhadap keberkesanan alam sekitar
MasyarakatDapat terus menikmati sumber alam; Menerapkan sikap tolong-menolong dan bekerjasama; Hidup sejahtera dalam persekitaran yang bersih; Terhindar dari penyakit yang berpunca dari kekotoran dan pencemaran
NegaraMenjaga imej Islam dan negara yang mementingkan kebersihan; Menjaga keindahan alam semula jadi negara
🌟
Mencontohi Rasulullah ﷺ

Rasulullah ﷺ menunjukkan teladan dalam memelihara alam sekitar:

1

Sentiasa bersyukur: Rasulullah ﷺ meminta para sahabat agar sentiasa bersyukur dengan nikmat alam yang diamanahkan Allah ﷻ

2

Menjaga kebersihan: dalam hadis, Rasulullah ﷺ menyatakan bahawa kebersihan itu sebahagian dari iman

3

Tidak merosakkan alam tanpa tujuan: ketika mengutuskan tentera, Rasulullah ﷺ melarang mereka dari merosakkan pokok-pokok buah-buahan dan haiwan ternakan walaupun musuh

4

Memelihara dan memulihara sumber alam: Rasulullah ﷺ memberitahu bahawa antara perkara yang dilaknat Allah ﷻ termasuklah membuang air besar di tempat sumber air, di tempat laluan awam dan tempat berteduh

💡

Allah ﷻ menjadikan sumber alam untuk kemudahan kita. Jadi, kita bertanggungjawab untuk memeliharanya. 'Cintai alam tanggungjawab bersama' — sumber alam terjamin, hidup sejahtera, masa depan terpelihara.

📝 Kosa Kata

kenderaanalat pengangkutan untuk berpindah dari satu tempat ke tempat lain
tawakkalberserah kepada Allah ﷻ setelah berusaha
jual beliakad pemilikan harta secara kekal
akadpersetujuan jual beli antara penjual dan pembeli
ribabunga atau lebihan yang diharamkan dalam Islam
monopolimenguasai sesuatu barang untuk menaikkan harga
jujurberterus terang, tidak menipu
amanahterpercaya, dapat diharap
komunikasiperbuatan mengadakan hubungan secara langsung atau perantaraan
salamucapan 'assalamualaikum' untuk memulakan komunikasi
silaturrahimmenyambung hubungan kekeluargaan/persahabatan
alam sekitarkeadaan alam sekeliling merangkumi sumber bumi
memeliharamenjaga dan melindungi alam dari pencemaran
memuliharamerawat dan memulihkan alam agar sentiasa baik
pencemarankerosakan alam akibat perbuatan manusia
🌟
Tahukah Kamu?

Rasulullah ﷺ adalah 'nabi ekologi' pertama. 14 abad lalu, baginda sudah mengajar umat untuk tidak membazir air walaupun berwuduk di tepi sungai, melarang merosakkan pokok buah-buahan walaupun ketika perang, dan menyatakan kebersihan itu sebahagian dari iman. Islam menyayangi alam — cintai alam, mudah-mudahan alam menyayangi kita.

🧠

Uji Minda!

20 soalanBoleh buat!