Objektif Pembelajaran
Di akhir pembelajaran murid dapat:
Menyebut pengertian bertanggungjawab
Membaca dalil bertanggungjawab
Menyenaraikan bahagian bertanggungjawab
Menyenaraikan fadilat bertanggungjawab
Menyenaraikan akibat tidak bertanggungjawab
Bertanggungjawab ialah kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan yang telah ditetapkan selagi tidak bercanggah dengan syarak.
Firman Allah SWT:
إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
Maksud: ...sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Menunaikan perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan
Tidak mensyirikkan Allah SWT
Memelihara diri daripada perkara-perkara yang tidak diredai Allah SWT
Memantapkan iman dalam diri dan melaksanakan tuntutan rukun Islam dengan sempurna
Mendoakan kesejahteraan kedua-dua ibu bapa
Bercakap dengan lemah lembut
Taat dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapa
Menumpukan perhatian ketika guru mengajar
Mematuhi segala yang diajar oleh guru
Menghormati dan mendoakan kesejahteraan guru
Kesetiaan kepada negara
Menjaga harta benda awam
Menjaga keselamatan dan keamanan negara
Melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat
Saling menasihati dan berbuat baik dengan jiran
Memelihara kerukunan hidup berjiran
Dikasihi Allah SWT dan Rasulullah ﷺ
Disukai oleh ibu bapa dan masyarakat
Kerja menjadi sempurna
Kerja yang dilakukan mendapat faedah yang berpanjangan
Dimurkai Allah SWT dan Rasulullah ﷺ
Kerja yang diamanahkan tidak sempurna
Hasil kerja yang dilakukan sia-sia
Kerja dan tugasan yang dilakukan tidak mendapat keberkatan
Murid dalam kumpulan berbincang perkara-perkara berikut: tanggungjawab kepada Allah SWT, kepada ibu bapa, kepada guru, kepada negara dan kepada masyarakat.
Amalkan: Sentiasa menunaikan tanggungjawab dengan penuh amanah.
📝 Kosa Kata
Tahukah kamu bahawa bertanggungjawab adalah tonggak kejayaan di dunia dan di akhirat? Setiap tugas kecil yang kita laksanakan dengan amanah akan dihitung sebagai kebaikan di sisi Allah SWT.
Uji Minda!
3 soalan • Boleh buat!