Objektif Pembelajaran
Di akhir pembelajaran murid dapat:
Menyebut pengertian berjalan
Menyenaraikan adab ketika berjalan
Membaca doa ketika memulakan perjalanan
Menyenaraikan fadilat mengamalkan adab ketika berjalan
Berjalan ialah pergerakan fizikal dari satu tempat ke tempat lain sama ada di darat, di laut dan di udara.
Meminta izin daripada ibu bapa apabila hendak keluar rumah
Menutup aurat
Memakai kasut
Niat dan berjalan dengan tujuan baik
Berdoa kepada Allah SWT
Memulakan dengan langkah kanan
Berhati-hati semasa berjalan dan mengikut peraturan
Menjaga pandangan daripada melihat perkara maksiat
Memberi salam ketika bertemu sesama Islam
Memberi laluan kepada orang yang lebih tua
Firman Allah SWT:
سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ
Maksud: Maha Suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya, dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah kami akan kembali.
Selamat dalam perjalanan
Disukai rakan dan kenalan
Dihormati oleh orang lain
Dilindungi Allah SWT dari bahaya
Maruah diri terjaga
Mendapat pahala
Murid dalam kumpulan masing-masing menyenaraikan fadilat mengamalkan adab ketika berjalan.
Murid menghafaz doa berjalan.
Amalkan: Sayangilah diri dan keluarga.
📝 Kosa Kata
Tahukah kamu pepatah 'Jauh perjalanan luas pandangan'? Semakin banyak kita mengembara dengan adab yang baik, semakin banyak ilmu dan pengalaman yang kita perolehi!
Uji Minda!
3 soalan • Boleh buat!