Objektif Pembelajaran
Di akhir pembelajaran murid dapat:
Menyebut pengertian bermain
Menyebut adab-adab sebelum bermain
Menyenaraikan adab-adab semasa bermain
Menyenaraikan adab-adab selepas bermain
Menyebut perkara-perkara yang dilarang ketika bermain
Menyebut fadilat beradab ketika bermain
Menyenaraikan akibat tidak beradab ketika bermain
Bermain ialah aktiviti perseorangan atau berkumpulan secara sukarela mengikut peraturan.
Berdoa sebelum bermain
Bersalaman sesama rakan sepermainan
Bermain di tempat yang sesuai dan selamat
Pemain memahami peraturan permainan
Alat permainan sesuai dan selamat digunakan
Tanamkan semangat setiakawan
Berpakaian menutup aurat
Memupuk semangat kesukanan
Mematuhi peraturan
Bermaaf-maafan antara satu sama lain
Menerima keputusan pengadil dengan reda
Tidak menyimpan perasaan dendam
Menyimpan semula peralatan di tempatnya dengan sempurna
Melanggar peraturan permainan
Tiada semangat berpasukan
Menimbulkan suasana tegang
Bertaruhan dalam permainan
Disayangi Allah SWT, Rasulullah ﷺ dan masyarakat
Sihat tubuh badan
Memupuk sikap kerjasama dan toleransi
Mengeratkan hubungan setiakawan antara satu sama lain
Melahirkan sifat sabar
Hormat-menghormati antara rakan
Melatih disiplin diri
Dapat menambah sahabat dan kenalan
Menimbulkan pergaduhan dan permusuhan
Mengganggu kelancaran perlawanan
Melemahkan semangat kesukanan
Hilang tumpuan semasa bermain
Mencemarkan maruah diri dan pasukan
Dibenci oleh peminat
Murid dalam kumpulan membincangkan perkara-perkara berikut (hasil perbincangan diserahkan kepada guru):
Adab-adab ketika bermain
Larangan-larangan ketika bermain
Akibat tidak beradab ketika bermain
Amalkan: Sentiasa mewujudkan keharmonian dan kerjasama berpasukan ketika bermain.
📝 Kosa Kata
Tahukah kamu kata hikmah 'Akal yang sejahtera daripada badan yang sihat'? Bermain dan bersukan dengan beradab bukan sahaja menyihatkan badan, malah mencerdaskan akal fikiran!
Uji Minda!
3 soalan • Boleh buat!