Tajuk 2: Perjuangan Kemerdekaan Negara
Tajuk ini mendedahkan perjuangan rakyat dan pemimpin menentang penjajahan serta langkah menuju kemerdekaan. Tajuk ini mengandungi 3 unit pembelajaran: Tergugatnya Kedaaulatan Negara, Perjuangan Tokoh Tempatan, dan Lahirnya Sebuah Negara Baharu.
Kedudukan negara kita yang strategik dengan hasil bumi yang bernilai menarik kuasa luar untuk menjajah dan campur tangan. Kuasa-kuasa luar yang datang:
| Siam (Ligor) | Menyerang dan menguasai Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. | |
| Portugis (1511-1641) | Menjajah Melaka untuk menguasai perdagangan rempah dan menyebarkan agama Kristian. | |
| Belanda (1641-1824) | Menewaskan Portugis untuk menguasai Melaka. | |
| British (1786) | Penjajahan bermula di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. | |
| British (1874) | Campur tangan bermula di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. | |
| James Brooke (1841) | Menjajah Sarawak. | |
| SBUB (1881) | Syarikat Borneo Utara British menguasai Borneo Utara (Sabah). | |
| Jepun (1941-1945) | Mengalahkan British dalam Perang Dunia Kedua dan menjajah Tanah Melayu. | |
| British (1946-1957/1963) | Kembali semula mentadbir Tanah Melayu sehingga Merdeka, Sarawak dan Borneo Utara sehingga 1963. | |
Campur tangan bermaksud kuasa luar melibatkan diri secara langsung dalam pentadbiran. Penjajahan bermaksud kuasa luar menjadikan Negeri-negeri Melayu sebagai negeri taklukan.
Kekayaan hasil bumi (terutamanya bijih timah) mendorong British meluaskan pengaruh. Terbentuk lima jenis pentadbiran berbeza:
| Negeri-negeri Selat | Pulau Pinang, Singapura, Melaka β Tanah Jajahan Mahkota, diperintah oleh Gabenor. | |
| Negeri-negeri Melayu Bersekutu | Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang β dilindungi, pentadbiran di bawah Residen. | |
| Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu | Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis, Johor β dilindungi, penasihat British menasihati pentadbiran. | |
| Pentadbiran Brooke | Sarawak β dikuasai oleh keluarga Brooke (Raja Putih). | |
| SBUB | Borneo Utara β dikuasai oleh Syarikat Borneo Utara British; Lembaga Pengarah menjalankan pentadbiran. | |
Bijih timah banyak di Larut, Perak. Long Jaafar membawa masuk orang China bekerja di lombong. Anaknya Ngah Ibrahim mengurus lombong selepas kematian Long Jaafar. Perebutan takhta antara Raja Ismail dan Raja Abdullah menyebabkan Raja Abdullah meminta bantuan British dan menandatangani Perjanjian Pangkor (1874).
Pergaduhan kumpulan pekerja lombong: Ghee Hin dan Hai San.
Lombong bijih timah Kuala Lumpur diusahakan oleh Raja Jumaat, Raja Abdullah dan Yap Ah Loy (Kapitan Cina).
Yap Ah Loy membantu membangunkan Kuala Lumpur dan terkenal di kalangan masyarakat Cina, British dan Melayu.
Perjanjian Pangkor 1874 β Raja Abdullah ditabalkan sebagai Sultan Perak.
Penjajahan dan campur tangan British menyebabkan kuasa Sultan dan pembesar terjejas:
British sesuka hati menguasai negeri.
Pembesar kehilangan hak untuk memungut cukai.
Rakyat dibebankan dengan cukai baharu.
Sultan terpaksa menurut kehendak British.
Kesimpulan: rakyat dan pemimpin perlu bersatu padu menghadapi ancaman luar.
Penjajahan British membawa perubahan sosioekonomi β perkembangan pengangkutan, pendidikan, ekonomi, masyarakat berbilang kaum, kemunculan bandar baharu dan kemajuan perkhidmatan kesihatan.
Pengangkutan: jalan kereta api Taiping-Port Weld, jalan raya KL-Ipoh, sistem pos dan telegraf.
Pendidikan: Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil, Sekolah Mubaligh, Maktab Perguruan Sultan Idris, Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Ekonomi: perlombongan bijih timah, perladangan getah, gambir, lada hitam, perbankan Standard Chartered Bank.
Bandar baharu: Taiping, Ipoh, Seremban, Kuantan, Jesselton, Kuching, George Town, Singapura.
Kesihatan: Hospital Besar Kuala Lumpur, Hospital Besar Ipoh, Hospital Brooke Kuching, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.
Sosioekonomi = unsur kemasyarakatan dan ekonomi.
Lima kuasa luar yang menjajah/campur tangan: Siam, Portugis, Belanda, British, Jepun. British membentuk 5 jenis pentadbiran: Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Pentadbiran Brooke, dan SBUB. Bijih timah di Larut, Perak menjadi tarikan utama British.
Penjajahan British menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin tempatan. Mereka memimpin rakyat mempertahankan kedaulatan tanah air. Sebab penentangan: pelaksanaan undang-undang dan cukai British, hilang penguasaan daerah, campur tangan dalam adat resam tempatan.
Tokoh di Semenanjung: Dol Said, Dato' Maharaja Lela, Yamtuan Antah, Dato' Bahaman, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Raja Mahadi.
Tokoh di Sarawak: Rentap, Sharif Masahor.
Tokoh di Sabah: Mat Salleh, Antanom.
Setiap tokoh tempatan menggadaikan nyawa menentang British. Berikut ringkasan perjuangan mereka:
| Dol Said | Naning, Melaka β menentang cukai British; taktik perang gerila; British hanya menang dalam serangan ketiga (1832); dibuang negeri ke Melaka. | |
| Dato' Maharaja Lela | Pasir Salak, Perak β menentang cukai baharu dan campur tangan adat; bersama Seputum membunuh J.W.W. Birch; dihukum gantung 1877. | |
| Yamtuan Antah | Negeri Sembilan β menentang perjanjian British-Dato' Kelana Sungai Ujong; diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti selepas rundingan perdamaian. | |
| Dato' Bahaman | Pahang β kehilangan hak kutip cukai dan dilucutkan gelaran; bersama Tok Gajah dan Mat Kilau menawan Lubuk Terua; berundur ke Chiengmai, Thailand. | |
| Tok Janggut | Pasir Puteh, Kelantan β menentang cukai dan peraturan tanah baharu; melancarkan serangan 1915; terkorban di Kampung Saring. | |
| Haji Abdul Rahman Limbong | Terengganu β menentang undang-undang binatang buas, peraturan tanah dan pas kebenaran pertanian; dijatuhi hukuman buang negeri ke Mekah. | |
| Raja Mahadi | Klang, Selangor β menentang campur tangan British dalam pentadbiran Klang dan bijih timah; dikalahkan dan dihantar ke Johor. | |
Pentadbiran Brooke di Sarawak dan SBUB di Borneo Utara turang ditentang hebat:
| Rentap | Sarawak (orang Iban) β menentang James Brooke yang menganggap orang Iban lanun; menyerang kubu Nanga Skrang (1853); membina kubu Bukit Sadok; berundur ke Sungai Entabai. | |
| Sharif Masahor | Sarikei, Sarawak β menentang James Brooke meluaskan kuasa ke Sarikei; menyerang Mukah (1855); dibuang negeri ke Singapura (1861); kemudian bantu Raja Mahadi dalam Perang Klang. | |
| Mat Salleh | Sabah β menentang SBUB kerana kehilangan kawasan pengaruh dan cukai; mendirikan kubu di Ranau (1897); menyerang Pulau Gaya dan Ambong; ditewaskan di Tambunan. | |
| Antanom | Sabah (orang Murut) β menentang SBUB: cukai, buruh paksa, menceroboh hutan untuk jalan; menyatukan orang Murut; menyerang Pensiangan (1915); terkorban di Sungai Selangit. | |
Ada tokoh yang berjuang tanpa senjata dan kekerasan:
| Pak Sako | Nama sebenar Ishak Haji Muhammad; meletak jawatan Majistret kerana tidak suka bekerjasama dengan British; menyebarkan nasionalisme melalui Utusan Melayu; novel terkenal: Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila; meninggal 7 November 1991. | |
| Tun Tan Cheng Lock | Pemimpin masyarakat Cina; mengasaskan MCA; menyatukan orang Cina dan melindungi hak mereka; membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan dengan UMNO (23 Ogos 1953) β melahirkan Parti Perikatan. | |
| S. A. Ganapathy | Pemimpin India membela pekerja estet; menuntut upah adil; mengisytiharkan 1 Mei sebagai Hari Pekerja; menggunakan akhbar Pattali Murasu dan Munnani; presiden Persatuan Kesatuan Pekerja Se-Malaya (1947); dihukum mati atas tuduhan memiliki senjata api. | |
| Lily Eberwein | Tokoh pendidikan dan politik Sarawak; Guru Besar Permaisuri Malay Girls' School, Kuching; menubuhkan Satok English School (1950) tanpa bantuan kerajaan; Tokoh Guru Kebangsaan 1977; meninggal 1980. | |
Tokoh tempatan menentang British kerana hilang kuasa kutip cukai, dilucutkan gelaran, dan menentang peraturan baharu. Dol Said (Naning), Rentap (orang Iban), Dato' Maharaja Lela (membunuh J.W.W. Birch), Mat Salleh dan Antanom (Sabah menentang SBUB). Tokoh kedamaian: Pak Sako (penulis), Tun Tan Cheng Lock (MCA), S.A. Ganapathy (pekerja), Lily Eberwein (pendidikan).
Belenggu penjajahan menyedarkan rakyat tentang pentingnya kebebasan. Permuafakatan pemimpin dengan masyarakat memudahkan proses mencapai kemerdekaan. Tujuh episod penting:
| Pendudukan Jepun (1942-1945) | Rakyat hidup sengsara; timbul kesedaran menentang penjajahan; pemimpin tempatan Ibrahim Haji Yaakob dan Burhanuddin Al-Helmy menggerakkan perjuangan bersama Indonesia. | |
| Malayan Union (1946-1948) | Rakyat membantah; Dato' Onn Ja'afar memimpin orang Melayu menentangnya; ditarik balik dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. | |
| Ancaman Komunis (1948) | Parti Komunis Malaya melakukan keganasan β darurat diisytiharkan; Rundingan Baling 1955; Darurat ditamatkan 1960. | |
| Parti-Parti Politik | UMNO, MCA, MIC, IMP ditubuhkan; Parti Perikatan (UMNO+MCA+MIC) menuntut pilihanraya ke arah kemerdekaan. | |
| Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 | Parti Perikatan menang; Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri; berunding dengan British untuk kemerdekaan. | |
| Rundingan London 1956 | Rombongan Kemerdekaan (4 wakil Raja-raja Melayu + 4 wakil Parti Perikatan) ke London; menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. | |
| Kemerdekaan 1957 | Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. | |
Tokoh-tokoh kemerdekaan yang berjasa:
| Dato' Onn bin Ja'afar | Pengasas UMNO; menggerakkan orang Melayu menentang Malayan Union; Menteri Besar Johor; pengasas IMP. | |
| Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj | Menubuhkan Parti Perikatan; mengetuai Rombongan Kemerdekaan; Perdana Menteri pertama; Bapa Kemerdekaan. | |
| Dato' Haji Abdul Wahab bin Haji Aziz | Panglima Bukit Gantang; Setiausaha UMNO pertama; wakil Raja-raja Melayu dalam Rombongan Kemerdekaan; Menteri Besar Perak. | |
| Tun Tan Cheng Lock | Presiden MCA pertama; membawa MCA bergabung dengan UMNO; mendapatkan kerakyatan untuk masyarakat Cina. | |
| Tun Abdul Razak bin Hussein | Ahli Rombongan Kemerdekaan; menjadikan bahasa Melayu bahasa perpaduan; Timbalan Perdana Menteri; Bapa Pembangunan. | |
| Tun H.S. Lee | Presiden MCA Selangor; penggerak kerjasama UMNO-MCA; Menteri Kewangan pertama. | |
| Tun V.T. Sambanthan | Presiden MIC (1955); mendapatkan kerakyatan masyarakat India; Menteri Kesihatan pertama. | |
| Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman | Wakil UMNO berunding dengan MCA bagi membentuk Parti Perikatan; anggota Sistem Ahli. | |
Rombongan Kemerdekaan ke London (1956) diketuai Tunku Abdul Rahman. Ahli: 4 wakil Raja-raja Melayu (Dato' Haji Abdul Wahab, Abdul Aziz Majid, Dato' Mohd Seth, Dato' Nik Ahmed Kamil) dan 4 wakil Parti Perikatan (Tunku Abdul Rahman, Dato' Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S. Lee, Encik Bahaman Shamsuddin). Wakil British diketuai Lord Allan Lennox-Boyd.
Hasil rundingan: Perjanjian London β 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai tarikh kemerdekaan.
Rundingan diadakan di Lancaster House, London.
Tunku Abdul Rahman menandatangani Perjanjian Kemerdekaan dengan Lord Allan Lennox-Boyd.
20 Februari 1956: Tunku mengumumkan tarikh kemerdekaan di Padang Banda Hilir, Melaka β melaungkan 'merdeka'.
30 Ogos 1957 (12.00 tengah malam): Union Jack diturunkan, bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan di Padang Kelab Selangor.
31 Ogos 1957 (9.30 pagi): Tunku Abdul Rahman membaca pengisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka; laungan 'merdeka' sebanyak 7 kali.
Kemerdekaan tercapai hasil permuafakatan pemimpin berbilang kaum. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Communities Liaison Committee, CLC) ialah titik permulaan kerjasama kaum β melibatkan UMNO, MCA dan Pertubuhan Ceylon Malaya. Parti Perikatan (UMNO+MCA+MIC) mencapai kemenangan dalam Pilihanraya 1955 dan menubuhkan kerajaan.
Permuafakatan kaum diteruskan sehingga kini β menjamin keharmonian negara.
Sambutan Hari Kemerdekaan setiap tahun dengan tema berbeza.
Persiapan sambutan: Stadium Merdeka dibina, lagu kebangsaan dan patriotik di radio, perarakan, pemasangan kain rentang, mengibarkan bendera.
Kemerdekaan dicapai melalui rundingan damai, bukan kekerasan. Malayan Union (1946) ditentang hebat oleh Dato' Onn Ja'afar; diganti Persekutuan Tanah Melayu 1948. Parti Perikatan menang Pilihanraya 1955; Rombongan Kemerdekaan ke London (1956) menghasilkan Perjanjian London β menetapkan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh Merdeka. Tunku Abdul Rahman diberi gelaran Bapa Kemerdekaan.
π Kosa Kata
Dato' Maharaja Lela dihukum gantung pada 1877 kerana membunuh Residen British J.W.W. Birch di Pasir Salak β kini kawasan tersebut dijadikan taman bersejarah. Rombongan Kemerdekaan ke London 1956 berunding di Lancaster House dan menghasilkan Perjanjian London yang menetapkan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh Merdeka. Tunku Abdul Rahman melaungkan 'merdeka' sebanyak 7 kali di Stadium Merdeka!
Uji Minda!
41 soalan β’ Boleh buat!